Wednesday 5 March 2014

Membersihkan Kulit Wajah Betul @ Salah

Ini info yang aku dapat... Duk belek-belek newspaper pagi td kes anggota Polis yang kene tikam dekat Taman Sentosa Klang... Dasyat sungguh orang2 indon ni skg... Main pisau rembo... bunuh anggota polis tanpa rase takut... macam @#$%^& haram jadah!!! eh nak emo plak.. huhuhu
terus pesan kat Nazmi and Doline.. 
>ati2 keje jgn sampai berlaku perkara2 macam ni... 

lembut jer Nazmi jawab...  
>>baik... tapi kalau nak mati tu mati jugak...
> memang lah.. semua orang mati.. tapi biarlah mati dalam keadaan yang baik...

Curi paper jap.. photostat n terus copy dalam blog.. hahhaha Sempat ajer si Nazmi tegur...

>>kau photostat ape tu?? meh tengok... (sambil nak rampas paper aku)
> eieiie sibuk lah kau... xda pape.. (terus blah...)


okey sambung pasal info aku tadi.. merepek meraban dah tu...info ni pasal cara mana betul mana salah untuk membersihkan kulit wajah.. Menarikkan info dia... Terus bace and bace sah!! memang ad salah yer cara aku cuci muka.. hikhikhik 

1) Jangan Kerap Mencuci
 >>betul ~~ bersihkan wajah dengan teratur pada waktu pagi dan malam. Rutin harian perlu dipatuhi. setiap kali membersihkan wajah lakukan urutan dari bawah ke atas bagi membolehkan pori-pori terbuka dan membuang kotoran degil. Ketika mencuci lakukan dengan lembut untuk mengelakkan struktur kulit rosak.

>>salah~~ ramai mengganggap cucian berulang kali membuat wajah lebih berish (aku ler tu) sedangkan ianya mendatangkan bahaya. Jika mencuci muka lebih daripada dua kali sehari secara tidak langsung akan menghakis minyak semula jadi menyebabkan kulit kering.

2)Mencuci Muka Sebelum Membersih Rambut (baru tau...)huhuu
>>betul~~ cuci muka atau basuh rambut dulu?? jawapannya, bersihkan rambut dulu kerana kawasan wajah hampir dengan kepala. Apabila cucian kepala dilakukan bahan kimia syampu akan turun ke wajah  menyebabkan wajag alergic mudah rosak.

>>salah~~ membersihkan wajah dulu menyebabkan pori-pori yang terbuka ketika cucian dilakukan menyumbatkan pori-pori dan menyebabkan jerawat timbul akibat sisa bahan syampu... Bilas rambut berulang kali supaya tiada endapan turun pada wajah.

3) Menggunakan Suhu Yang Salah
>>betul~~ air suam adalah sebaik-baik suhu air yang digunakan untuk mencuci.
>>salah~~penggunaan air terlalu panas atau sejuk bukan pilihan tepat. air panas akan membuat kulit kering dan air sejuk tidak bertindak untuk membuka pori-pori wajah

4) Memilih Produk Pencuci 
>>betul~~ gunakan bahan semula jadi seperti tomato...air kunyit...yogurt...inai dan air timun.. (malas huhhu) Cuma pastikan produk pencuci wajah tersebut menggunakan bahan semula jadi dan kimia terkawal.

>>salah~~pastikan bukan terhasil daripada wangian sintetik. boleh memudaratkan kulit wajah yang sensitif.

tu jer info nyer.. pasni ni nak cuci muka 2 kali sehari jer... nak buang makeup pakai removel... pastu mandi dulu baru cuci muka... hehhe 

okey lah nak gerak ader keje luar... XOXO

No comments:

Post a Comment