Monday 10 March 2014

MH370(2014) dan MH653(1977)


Baru last week aku tengok cite ni kan.. Non-Stop.. ari Sabtu plak Malaysia digemparkan dengan Pesawat MAS Airlines MH370 hilang tanpa ader sebarang berita yang dah masuk hari ke-3..

Tengah duk google-google tetibe ader beberapa orang yang kat luar sana "Misteri kehilangan MH370 mengigatkan tragedi di Tanjung Kupang , Johor yang mengakibatkan pesawat milik MAS Airlines MH653 terhempas menyebabkab kawasan hutan paya bakau di Tanjung Kupang Johor menjadi padang jarak padang terkukur..." aku pon google lah.. carik maklumat yang berkaitan.. kawasan ni pon dah dijadikan sebuah tempat memperingati kejadian yang meragut 100 penumpang termasuk crew... yelah Johor kawasan aku kot.. boleh xtau plak.. sedehhh!! bile dah jadik macam ni baru kita bukak mata.. huhuhu

Ni serba sedikit berita atau cerita berkaitan dengan Pesawat MH653 milik MAS Airlines.. 

Tahun 1977....
**Pada 4 Disember 1977 lebih kurang jam 8.15 malam dilaporkan bahawa sebuah pesawatMAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura. Dua puluh minit sebelum kemalangan ngeri itu, juruterbang terbabit dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang (Kuala Lumpur) bahawa pesawat jenis Boeing 737 yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army yang membawa bahan letupan. Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempasitu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Laporan akhbar 2 hari kemudian memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, dan nama serta kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.

Dalam satu laporan lain diberitahu bahawa kesemua 93 penumpang dan 7 krew penerbangan telah terkorban dalam tragedi udara yang dikatakan terburuk di Malaysia itu. Salah seorang mangsa yang terkorban ialah Menteri Pertanian, Dato' Seri Ali Haji Ahmad. Oleh kerana tiada saksi yang terselamat, maka kaitan kejadian itu dengan kumpulan Japanese Red Army tidak dapat dipastikan, dan penyiasat hanya berharap kepadakotak hitam (perakam suara dan maklumat penerbangan) yang hanya dijumpai beberapa minggu kemudian. Selain itu timbul juga masalah untuk mengebumikan semua mangsa kerana identiti mereka yang sangat sukar untuk dikenal pasti akibat daripada kemalangan yang terlalu dahsyat di mana tiada satu pun mayat dalam keadaan sempurna. Beberapa orang ketua pelbagai agama telah berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa kesemua 100 mangsa (yang terdiri daripada pelbagai agama) akan dikebumikan secara serentak di sebuah tapak perkuburan khas yang terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Pengebumian besar-besaran itu dilakukan 5 hari selepas kejadian.

Hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat terbabit telah didedahkan dalam satulaporan rasmi 9 bulan selepas kejadian. Laporan itu menyatakan bahawajuruterbang dan seorang pegawaipenerbangan telah ditembak oleh perampas (tidak diketahui berapa orang) beberapa minit sebelum pesawat itu menjunam jatuh ke negeri Johor. Rakaman suara itu memperdengarkan bunyi tembakansebanyak 3 kali, dan juruterbang bernama G.K. Ganjoor sempat merayu "No, please, don't" sebelum dia ditembak. Data lain menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian 4,000 kaki di mana pesawat itu sedang dalam keadaan menurun untuk mendarat di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura. Sebelum bunyi tembakan itu, terdapat jugasuara seseorang yang tidak dikenali berkata "You bluff us". Terdengar juga percakapan dalam bahasa asing dalam rakaman itu tetapi laporan rasmi menyatakan bahawa kewarganegaraan perampas itu tidak dapat dikenal pasti. Kotak hitam itu juga mendedahkan bahawa seseorang cuba memandu atau mengawal pesawat itu selepas juruterbang ditembak. Sebaik sahaja tembakan berlaku, pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan450 knots. Laporan rasmi itu juga menyatakan bahawa tiada kejadian letupan yang berlaku di atas pesawat terbabit.

**Aku tambah sikit... Berita MH653 ni dapat liputan meluas sebab melibatkan Menteri Pertanian ketika itu, Dato' Seri  Ali Ahmad .... Ketua Pengarah JKR Dato' Mahfuz Khalid dan Duta Cuba ke Jepun Mario Garcia. 

sumber : rata-rata

Tahun 2014

**kronologi Pesawat MAS Airlines MH370

12:41 am : Penerbangan MAS MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (                        KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12                        anak kapal. 38 orang daripadanya dilaporkan adalah rakyat Malaysia.

2:40 am  : Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam                 2.40 pagi ini di ruang udara Vietnam.Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh                         China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China.

6:40 am : Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing , China.

10:15am: Laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China                  diterbitkan. Didedahkan sebagai tidak benar dalam beberapa minit.

11:55 am: Laporan palsu pihak penerbangan Vietnam menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti                 palsu dalam beberapa minit.

12:00 pm: Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari                   Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza.

Penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria. Penerbangan ini adalah merupakan satu rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines.

12.30 pm: MAS berkata tkali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika                        timur Kota Baru di Laut China Selatan

12:50 pm : Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang                      hilang telah dikesan. 1.00 pm : China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China                      Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang.

1:10 pm : Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan                        dengan kehilangan penerbangan MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu                      boleh ditujukan kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3.

1:30 pm: Satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu                 terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk                           memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku

2:00 pm : Senarai penumpang semua kapalterbang didedahkan kepada umum. ke Ho Chi Minh

2:20pm : Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai                     berkata penerbangan MH370 berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke                   kawasan itu, kata Al -Jazeera.

3:00 pm : Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk                                   mengesahkan laporan melihat bahawa bangkai penerbangan MH370 dikesan berhampiran                             sebuah pulau di sebelah selatan negara ini.

MAS meminta dua keluarga terdekat setiap penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu.

4:20 pm : Vietnam mengesahkan bahawa penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam.

sumber : kelabgreenboc


Itu jer nak share.. nak tau lebih lanjut kenelah sentiase tengok berita.. doa saya  semoga semuanya baik-baik sahaja... amin.. jom rehat ++ solat zohor.. 




No comments:

Post a Comment