Monday 17 March 2014

Wanita Memang Teruja Nak Cantik Saja

Salam Isnin.. alhamdulillah baru abiz lunch.. hehhe lunch kat opis jer.. sambil bace blog2 yang aku rase hangat lagi meletops.. kebabommmm!! hehhe


Meh nak kongsi Kekal Cantik Cara Wanita Thailand aku terbaca dekat blog pesonapengantin 


Betik

Kebanyakan wanita Thailand menggunakan betik sebagai masker bagi memberi kesegaran kepada wajah. Betik adalah anti oksida dan kaya dengan khasiat, seperti vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan. Kebanyakan wanita Thailand menjadikan betik sebagai masker wajah yang dapat membuatkan kulit mereka cerah berseri dan bebas cela. Ambil buah betik yang telah masak, hancurkan dan oleskan di wajah anda. Biarkan selama 10-15 minit, dan bilas.

Santan Kelapa

Wanita Thailand bijak memanfaatkan khasiat santan kelapa. Mereka mengamalkan mandian santan kelapa untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Selain itu, mereka juga menggunakan santan kelapa dalam perawatan rambut yang sihat.

Diet Pemakanan

Amalan pemakanan wanita Thailand yang sihat turut membantu mereka mendapatkan Kulit yang berseri dan tubuh badan yang langsing. Wanita Thailand amat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran dan rempah ratus di dalam diet pemakanan mereka. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin membantu anda mengekalkan kelangsingan tubuh badan.

Kunyit

Kunyit merupakan anti oksida yang dapat melawan radikal bebas. Wanita Thailand mengamalkan cucian muka dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin berseri dan bebas jerawat. Caranya mudah sahaja. Basahkan tapak tangan dengan air, ambil serbuk kunyit dan skrub wajah anda dengan serbuk kunyit tersebut selama 5-10 minit


Jom kita amalkan mane yang mudah nyer.. bagi kulit muka gebus and tak payah nak pakai product2 yang mahal lagi merugikan.. ececeh2.. 

k lah tu je setakat ni.. XOXO

No comments:

Post a Comment