Monday 10 March 2014

MH370 Malaysia Airlines

Salam pagi Isnin... Monday Blues...

Yer masih lagi mengharap sebarang keajaiban berlaku berkenaan berita Pesawat MH370 yang hilang dan masih lagi tiada khabar berita di hari yang ke 3.... Aku pon mendoakan agar kesemua penumpang tersebut dijumpai dan berharap agar ahli keluarga terdekat penumpang-penumpang pesawat dan crews tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Nya... memanglah orang akan kata "berat lagi mata memandang.. berat lagi bahu yang menanggung.. " tapi itu lah ujian... wakeUp Call orang kata.. sedar atau tidak je kita hambaNya yang dah lama alpa... doa doa dan doa sahaja dapat dititipkan supaya ALLAH masih melindungi mereka.. amin...

Cume berpesan pesan lah kepada mereka supaya jangan percaya akan khabar2 angin  yang belum tentu sahih nyer.. Perasaan ahli keluarga penumpang dan crews juga harus dijaga.. Pihak-pihak berwajib juga telah mengambil peranan mencari segala jawapan dan merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 tu...

Semoga berjaya bagi pihak berwajib menangani masalah ini.. dan untuk keluarga yang terlibat semoga tabah... dan kita sebagai rakyat yang prihatin.. doakan lah yang terbaik.. agar jumpa kembali pesawat MH370 tersebut...


No comments:

Post a Comment